HILANG
Kalau aku kata,
semakin kita meningkat umur,
kita akan lebih banyak rasa hilang,
kau akan setuju atau tidak ?
Terpulang..
Kalau kau mahu setuju atau tidak.
Tapi HILANG itu jelas.
mungkin hari ni kau tak mampu lihat.
Tapi bila kau punya kemahiran merenung dengan mata hati,
Mungkin engkau akan setuju.
Aku kata,
orang meningkat umur banyak hilang kerana...
Cuba kau pandang kebelakang sebentar..
Lihat lah,
berapa banyak manusia yang telah kau tinggal
dalam perjalanan mencari erti hidup.
Lihat disana,
Kawan sepermainan kau,
yang menabur janji untuk tempuh onak kedewasan bersama,
sedang berjalan jauh dari hidup kau.
Lihat lagi,
teman yang kau janji sehidup semati,
teman yang kononnya sahabat sampai ke syurga sana..
sedang berlari tinggalkan kau mengemis kasih.
Lihat disitu,
mereka yang pernah kau kasih,
yang pernah engkau beri seluruh hati dan jiwa kau..
sedang membina tembok tinggi,
agar walau sesaat pun, engkau tak akan mampu kembali
menumpang kasih, apatah lagi berkongsi rasa.
ya..
mereka pergi.
Tapi jangan kau lupa untuk belajar meredhai.
Kerana itu perancangan Ilahi.
Belajarlah..
Belajarlah untuk bangkit setiap kali kau ditinggal.
Belajarlah untuk bahagia, walau kau sunyi.
Belajar menghargai,
Kerana, hidup ini pinjaman Tuhan.
Belajar jadi orang yang cekal hatinya.
Buktikan pada mereka,
Tidak akan ada satu detik pun,
Engkau akan sakit kerana mereka.
HAK MILIK
NIS
Langgan:
Catatan (Atom)